Friday, January 28, 2005

Baby meninggal...

Selepas raya haji, aku tinggalkan kucing baby di kampung. Ayah mak njang cakap nak bela dia jadi gemuk2, so kami boleh amik balik bila cuti raya cina.

Baru 2 hari tinggalkan baby di kg, pada hari khamis (27 Jan 2005), kakak syazwan telepon memberitahu baby dah meninggal.....

ya tuhan, betulkan apa yang aku dengar ini, terasa baru 2 hari lepas aku say bye-bye kat dia, dia pun syok jer nak tinggal kat kg... menurut pak, dia mengiau-ngiau carik kami dan adik2 yg lain, pi cari kt rumah atas, keliling rumah, at last pi duduk atas paper yg pak baca dan mengiau.... dia macam faham bila pak cakap kami dah balik kl dan akan dtg balik masa raya cina....

Yang sedihnya, dia still pi cari adik-adik dia kt tayar lori, masa dia nak terjun tu kepala dia tersangkut kat enjin lori, that's why dia mati....

Kenangan bersama baby sukar dilupakan sebab dia kucing yang paling manja dan paling dengar kata. Start bela dia bulan Ogos 2004, comel giler... badan dia kecik lagi tapi gemuk bulat dan sinar matanya cukup menyejukkan hati... memang mata macam tu mati cepat... bye baby, tima kasih kerana sentiasa menggembirakan kami dalam tempoh Ogos 2004 - 27 Jan 2005...

Wednesday, January 26, 2005

Hari Raya Korban

Raya kali ni aku balik perlis. Dalam kesibukan, aku terlupa aku belum buat aqiqah... dah nasib, bapa meninggal masa aku masih bayi, mak pula menyerahkan aku kepada keluarga angkat, aku yakin keluarga angkat x amik kisah pasal bab aqiqah aku ni...

So, hari nie, 21 Jan 2005, aku pada usia 29 tahun melaksanakan aqiqah utk diri aku sendiri... bukan diuruskan oleh keluarga angkat tp oleh keluarga lain yang tiada sebarang pertalian ngan aku... tp, demi kasih sesama manusia, mereka sekeluarga bersusah payah menyempurnakan majlis aku itu... pakcik & makcik, pepagi raya lagi dah ke tempat penyembelihan utk niat wakil (sbb kata mereka, anak dara x leh pi), kak Rod bersusah payah sediakan

Sunday, January 09, 2005

Kereta jam lagi

Ayo yo... di pagi hari Isnin nie, apasal lak keta aku x boleh start???

mak njang dah membebel sepanjang jalan, tensionnyer.... bukan aku mintak jadi camtu... kesian jugak kt mak njang sebab dia kena balik settle kan keta aku tu sebab petang nie dia nak ke Perak, memang menyusahkan dia la... dia kena bawak member dia lak utk driver keta aku ke opis sebab klu x, aku nak balik naik apa ptg nie... menyusahkan betullah...

Aku dah x tau nak cakap aper... diam jer on d way pi opis... by 9.00, dia bawak Nizam pi selamatkn keta aku... then, depa perbaik apa2 yg patut... Nizam drive keta aku pi opis... tq

Saturday, January 08, 2005

Melawat Mangsa Tsunami

Pada 8 & 9 Januari, aku pi lawat mangsa2 tsunami kat Kota Kuala Muda, ikut ABIM dan Global Peace Malaysia - yg terlibat ialah aku, mak njang, N, lily, su, dr. jazreen, dr. saifuddin, arif (sa'ah), warith dan azwin. pi ngan 2 waja - TAC 7144 & WJA 8263.

Pada 8 Jan - bertolak dari Anjung Rahmat kul 9.30 pagi, sampai kul 3.00 kat Sekolah Menengah Agama Bestari, Kg. Hj. Kudong, x jauh dari tempat kejadian.

4.30 pi melawat tapak kejadian, jam giler jalan ke sana. Sebak melihat rumah2 mangsa, ada yg ranap terus, tinggal tapak jer... yg lain ada rosak separuh tp lumpur penuh kt dalam rumah... memang menyedihkan... difikirkan balik, Allah memang nak kita beringat, bertaubat dan kembali kepadanya...

Tempat tinggal kami, bolehlah... alhamdulillah, x perlu beralaskan rumput dan beratapkan langit... aku tidur ngan nyenyak sekali, sebab penat sembang ngan azreena semalam belum habis....

Hari Ahad, 9 Jan kami pi lagi ke kg Kepala Jalan dan Kg. Padang Salim, kawasan nie kurang sikit kerosakan compare ngan Kg. Sungai Muda yg kami pi semalam...

By pukul 12.30 tgh, dah standby bertolak balik ke KL, lepas makan dan solat, kul 2.00 kami bergerak pulang dan sampai kul 5.30 petang...

Alhamdulillah, segalanya selamat...

Friday, January 07, 2005

Seminggu yg tension...

Semalam hari Ahad, mak njang ke alamanda bersama member dia, aku stay jer kat umah...

Hari nie, tetiba mak njang mak njang ngamok2 bila member dia tu dah x nak kawan ngan dier... apasal lak? yg tensionnyer, x pasal2 aku yg kena marah, x salah pun kena maki, tensionyer....

sepanjang minggu nie, hari2 balik rumah lambat, penat tau... pastu pulak mak njang dok ngamok2, menyampahnyer, problem ngan org lain, aku yg kena, rasa macam kita nie menumpang pulak kat umah tu, rasa macam nak pindah rumah jer....

masa aku byk terbuang dok tunggu mak njang, tp dia tu x reti2 nak balik rumah, hari jumaat, pukul 2 baru sampai rumah, giler... besok dah lah nak travel lak...